Puding Kastard Sumber: Majalah Jelita Disember 1997 Hits: 3697 Rating: 5.33 Review: 0 | |
Bahan-Bahan: | |
20 gm agar-agar 1000 ml air 300 gm gula pasir 4 camca besar tepung kastard 400 ml susu cair | 4 biji telur 300 gm mangga ranum (dikisar halus) ½ camca teh esen vanila Pewarna merah |
Cara: | |
Masak agar-agar bersama air di dalam periuk di atas api sederhana hingga agar-agar larut. Masukkan gula pasir, kacau hingga ia larut. Asingkan 500 ml agar-agar, bubuh di dalam periuk lain di atas api kecil. Kacau tepung kastard bersama susu cair dan telur di dalam mangkuk hingga ia sebati. Bahagikan ia dua bahagian. Tuang sebahagian kastard di dalam agar-agar pertama, kacau hingga ia sebati. Tuang ia di dalam acuan pilihan. Biar ia keras sedikit. Tuang baki kastard di dalam baki agar-agar tadi, kacau hingga sebati. Masukkan puri mangga bersama esen vanila dan pewarna merah. Jerang hingga ia mendidih. Tuang agar-agar bermangga di atas agar-agar lapisan pertama tadi. Biar ia keras. |
Saturday, May 10, 2008
RESEPI 2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment